Sanofi
Kongsi kesengsaraan anda

Pengalaman Peribadi

Anda tidak keseorangan dalam menghadapi masalah pencernaan

Ia amat menghairankan terdapat betapa ramainya individu yang mengalami isu yang sama setelah wujudnya persekitaran yang mengundangkan perbincangan. Adalah sangat melegekan letika ada yang kongsi tentang masalah pencernaan mereka secara jujur dan terus terang. Tidak kira apapun cerita anda, sentiasa ingat bahawa anda tidak keseorangan seperti yang dilihat di contoh-contoh kisah benar berikut.

Jika anda mengalami sembelit, saya rasa tidak selalunya terdapat penjelasan yang logik mengenainya. Lihatlah diri saya sebagai contoh: saya mengamalkan diet yang sangat sihat, saya minum banyak cecair, saya bersenam setiap hari namun masih kerap sembelit. Mungkin sesetengah individu memang lebih cenderung mengalami sembelit berbanding yang lain tidak kira diet dan gaya hidup mereka. Ia membuatkan saya rimas kerana saya sering pertimbangkan semula pilihan pakaian saya. Walaubagaimana pun, tabiat pembuangan air besar yang lazim akan memberikan kepuasan hati. Oleh itu, saya benci ketika rasa badan kembung kerana ia menghalang saya daripada memakai pakaian yang memeluk badan. Saya mendapati bahawa berkongsi isu bersama rakan amat membantu. Apabila mula berbincang tentangnya, ia amat mengejutkan betapa ramainya wanita yang mederita akibat sembelit.
Saya mendapati bahawa berbual bersama kawan tentang sembelit sangat senang kerana secara jujurnya, kami semua menghidapi masa ke semasa. Saya rasa amat bagus untuk berkongsi sebarang maklumat bersama kawan kerana kamu boleh percayai mereka. Manakala bukan segala-galanya yang anda baca di Internet boleh dipercayai. Sebelum mengubah diet saya, saya menderita dengan teruk akibat sembelit. Beberapa tahun yang lepas, saya tidak puas dengan berat badan saya maka saya cuba untuk menyingkirkan bahan tidak elok seperti kerepek dan coklat. Saya mendapati bahawa lebih makan buah-buahan dan banyak minum air telah banyak membantu masalah sembelit saya. Walau begitu, saya masih mengalami sembelit dari masa ke semasa.
Saya mendapati tekanan merangsangkan sembelit saya. Sesampai di tempat kerja, orang sering bertanya “Anda okay ke tidak?” tetapi begitulah personaliti saya. Saya sangat huru-hara. Apabila sudah seketika tidak membuang air besar, ia hanya memburukkan lagi keadaan bagi saya kerana saya rasa sangat tertekan disebabkannya, dan ini pula menambahkan kesukaran untuk membuang air besar. Ia bagaikan kitaran tak berhenti-henti. Bagi saya ini amat memalukan. Bila saya fikir tentang ini, saya rasa sangat mengarut kerana pada kebiasaannya doktor kerap berjumpa dengan pesakit sembelit.
JIKA ANDA RASA BAHAWA MENGHIDAP IBS IA DICADANGKAN ANDA BERJUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA. IBS adalah masalah yang umum maka doktor anda mungkin jumpa pesakit seperti anda sekerap seminggu sekali, bincanglah dengan doktor untuk nasihat yang selanjutnya jika anda mengalami sebarang tanda-tanda sepertimana tertera di laman web ini.
Mengubah diet atau gaya hidup anda mampu membantu masalah sembelit anda maka cuba untuk dapatkan kaedah yang bersesuaian dengan diri anda.