Sanofi
Buat perubahan yang sepatutnya

Berat Badan Menyusut

Akibat bekalan nutrisi tidak seimbang

Walaupun hasil keputusan yang hebat dan pantas tanpa perlunya berusaha amat mengundangkan, kebanyakan kali ia hanya merupakan sebuah fantasi. Jika anda ingin susutkan berat badan, jangan mudah tertipu dengan kaedah yang biasanya tidak berfaedah kepada kesihatan anda. Contohnya diet bersifat terburu-buru atau berdasarkan nutrisi tidak seimbang yang hanya membebankan sistem pencernaan anda lalu mengakibatkan sembelit.

Diet Atkins merupakan versi prinsip karbohidrat-rendah yang paling terkemuka di dunia. Ia melibatkan empat peringkat: pada peringkat pertama, pengambilan karbohidrat dikurangkan secara mendadak dan tubuh badan kebanyakannya memperolei sumber tenaga daripada lemak dan protein. Walaupun kuantiti buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih dicadangkan dalam peringkat akhiran, perubahan mengejut ke diet yang kaya daging dan berkuantiti karbohidrat yang amat rendah masih mampu mengakibatkan sembelit.
Setinggi manapun fleksibility badan anda, ia masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri kepada sebarang perubahan. Sepertimana waktu makan yang luarbiasa atau memakan ramuan atau rempah ketika cuti melancong mampu menyebabkan masalah pencernaan, perubahan nutrisi yang besar dan mendadak juga boleh mendatangkan masalah. Jikalau ingin mengubahsuai cara atau tabiat pemakanan, buatlah langkah demi langkah dalam tempoh masa yang berpatutan. Cara ini, badan anda mampu menyesuaikan diri dengan bentuk nutrisi yang baru secara beransur-ansur dan tiada kemungkinan berlakunya sembelit sebagai tindakbalas.