Sanofi
Yoga untuk mengurangkan tekanan

Tekanan

Hubungkait antara minda dengan pencernaan

Badan anda sangat sensitif dan mudah dipengaruhi sebarang perubahan dalam rutin, tekanan, atau keresahan. Jikalau mendapati diri anda sembelit ketika tertekanan, anda tidak bersendirian. Gangguan serta permintaan keterlaluan di tempat kerja, keperluan untuk bersedia sentiasa secara beterusan, masalah hubungan peribadi, dan sebarang sahaja perkara yang menyebabkan tekanan mental boleh mendatangkan kesan yang negatif ke atas pencernaan anda.

Sebagai contoh, sebuah kajian Inggeris telah menunjukkan bahawa sistem pencernaan pesakit kemurungan mempunyai kelajuan bawah purata. Malah makin serius kemurungan tersebut, makin perlahan kelajuan fungsi usus.

Tekanan juga berkemungkinan sebagai punca Sindrom kerengsaan usus atau IBS, dengan setiap satu dalam lima individu di UK menghidapinya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Oleh kerana ramai yang enggan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang masalah ini, angka yang sebenar mungkin jauh lebih tinggi. Tanda-tanda umum adalah kesakitan abdomen, perut kembung, angin terperangkap, dan serangan sembelit dan cirit-birit yang beransur-ansur. Bagaimanapun, IBS tidak merbahaya jika masalah perut dan usus yang lain telah disahkan tidak wujud oleh doktor.
Tiada perlunya untuk terdesak, tewaskan tekanan yang dihadapi dengan mudah. Sukan serta kerap bersenam merupakan cara mengurangkan keresahan dan perasaan negatif yang semulajadi. Setakat 30 minit sehari sudahpun mencukupi, keluar berjalan-jalan sambil menghirup udara segar dan pilih sukan yang diminati dan senang diakses untuk anda lakukan. Jika mendapati diri anda menghadapi tekanan yang amat tinggi, pertimbangkan pembelajaran kaedah yang menenangkan seperti bertakafur, yoga, atau latihan autogenik.