Sanofi
Cergas sentiasa untuk cegah sembelit

Senaman

Bagaimana mencetus pergerakan usus

Anda tidak perlu meningkatkan tahap aktiviti secara mendadak untuk melihat perbezaan positif ke atas sistem pencernaan anda. Pendek kata, anda tidak perlu menjadi atlit terkemuka agar menstimulasikan sistem pencernaan anda. Mujurlah senaman yang kerap mampu membantu, di samping mendatangkan kesan yang menenangkan serta mengurangkan tahap tekanan. Setakat 30 minit sehari sudahpun mencukupi, cuma lebih kerap keluar berjalan sambil menghirup udara segar, belajar sukan yang baru yang anda minat untuk rela berusaha, ataupun cubalah salah satu daripada senaman gimnastik berikut:

Baring di sisi kanan anda supaya badan anda membentuk garisan selari. Hulurkan kedua-dua lengan anda sehingga melepasi kepala anda dan sandarkan bahagian belakang tangan kanan anda pada bahagian belakang tangan kiri anda. Hembus keluar nafas ketika berada di dalam posisi ini sambil sejurus menggerakkan lengan kiri dan kaki kiri anda sampai hujung jari tangan kiri bersentuh kaki. Kembali semula ke posisi asal sambil menarik nafas. Ulang senaman ini beberapa kali, kemudian tukar sisi.
Baring di atas perut anda dan rehatkan dahi anda di atas belakang tangan anda supaya menghadapi lantai. Sambil menarik nafas, angkatkan salah satu kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Turunkan kaki tersebut apabila menghembus keluar nafas. Ulang senaman ini beberapa kali dengan menyelang kaki anda secara beransur.
Baring pada belakang anda and tarik kaki anda yang dikepit bersama ke arah badan anda. Genggamkan lutut anda sepanjang ketika ini dan pastikan kepala anda kekal baring di lantai. Tarik nafas secara perlahan dalam posisi ini, dan tarik lutut anda ke arah dagu anda sambil meregangkan hujung jari kaki anda. Lepaskan segala ketegangan ketika menghembus keluar nafas. Ulang senaman ini beberapa kali.