Sanofi
Cadangan resipi

Nutrisi

Ramuan terbaik untuk proses pencernaan sihat

Anda tidak perlu berubah menjadi supermodel kaya vitamin semalaman, setakat membuat perubahan yang kecil kepada diet anda sudah cukup untuk mengekalkan pencernaan yang optimum. Terlalu banyak lemak dan gula, produk gandum putih yang berlebihan dan kekurangan serat, buah-buahan, dan cecair boleh membebankan sistem pencernaan anda.

Untuk pastikan sistem pencernaan yang sihat, seorang dewasa secara puratanya perlu mengambil di sekitar 30 gram serat sehari. Cadangan yang bagus adalah menyebarkan kuantiti ini ke beberapa hidangan makanan sepanjang hari, misalnya bersama buah-buahan dan muesli di waktu pagi, beras atau pasta gandum penuh disertai salad atau sayur-sayuran untuk makan tengahari, dan buah atau potongan sayur-sayuran sebagai snek untuk terus bertenaga sepanjang hari.
Meminum air secara umumnya amat penting dalam mengekalkan sistem pencernaan yang berfungsi. Anda perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari, tidak kiralah samada air/teh/jus buah-buahan kosong atau dicampurkan air bergas, semuanya mempunyai kesan yang positif terhadap keseimbangan cecair anda. Alkohol, minuman bergula, dan minuman kocak sebaliknya patut diambil secara sederhana.
Meningkatkan pengambilan serat adalah lebih mudah dan lebih sedap daripada disangka. Makanan yang khas kaya serat termasuk buah prun, buah pic, buah pir, lobak, kacang, dan brokoli. Biji rami juga mengandungi asid lemak omega-3 tambahan yang sihat malah menyokong pencernaan yang sihat. Untuk merangsangkan usus, ambi satu sudu teh gaulan biji jami bersama kuantiti dadih atau yogurt pada waktu pagi dan petang setiap hari diikuti secawan dua air kosong.
Waktu anda makan juga mempunyai kesan terhadap pencernaan anda. Tabiat pemakanan yang stabil serta waktu makan yang tetap dapat membantu anda membina tabiat positif yang seterusnya mampu menyokong pencernaan anda.