Sanofi
Tambahkan pengambilan serat ketika haid

Hormon

Estrogen, putus haid, dan tiroid

Bukan setakat gaya hidup dan persekitaran yang mampu mendatangkan kesan tertentu terhadap pencernaan anda. Malahan, jantina anda mampu menunjukkan kecenderungan anda terhadap sembelit. Secara statistik, para wanita lebih kerap mengalami sembelit berbanding para lelaki.

Punca-puncanya belum lagi ditentukan, namun saintis berpendapat bahawa wujudnya hubungkait antara hormon-hormon estrogen dan progesteron. Kedua-duanya merehatkan otot dan menenangkan aktiviti rahim sewaktu kehamilan. Pengurangan aktiviti usus berkemungkinan merupakan kesan sampingan fenomena ini.

Sewaktu mengandung, walaupun anda pastinya sangat bahagia dan teruja, anda pastinya juga mengalami tekanan fizikal dan mental yang kuat. Jika anda menggunakan suplemen besi yang melambatkan pencernaan, ini akan membawa kepada sembelit. Tambahkan serat ke dalam diet anda dan kerap minum air jika boleh. Minta bantuan pasangan anda untuk mengurut abdomen anda secara lembut. Jika segala kaedah ini tidak berkesan, rangsangkan pencernaan anda dengan laksatif sederhana (dapatkan rujukan daripada pakar farmasi anda).
Masalah tiroid boleh mendatangkan kesan negatif terhadap pencernaan anda. Tiroid merupakan kelenjar tak berduktus yang menyimpan iodin serta menghasilkan hormon yang mengandungi iodin. Gangguan patologi boleh membawa perubahan jangka panjang ke atas metabolisme hormon yang mungkin mengakibatkan sembelit.
Putus haid melibatkan perubahan hormon yang besar dan boleh mendatangkan tekanan yang banyak. Pengeluaran estrogen yang berkurangan menjejaskan keseimbangan hormon anda. Walaupun cara anda mengalami perubahan ini sangat khas mengikut individu, pergerakan usus yang makin perlahan dan sembelit sebagai akibatnya merupakan kesan sampingan yang mungkin dan kerap berlaku.