Sanofi
Penyusuan sebagai punca sembelit

Penyusuan

Nutrisi dan istirahat bagi mengelak tekanan

Terdapat banyak perubahan dalam kehidupan baru anda sebagai seorang ibu/bapa selepas kelahiran anak. Terutamanya bagi para ibu, anda akan mendapati perlunya rutin baru serta penjagaan bayi amat memerlukan bakat serta tahap organisasi yang tinggi. Tekanan luarbiasa, ketidakpastian pada mulanya, kekeliruan, dan kepenatan sebagai akibat boleh membebankan pencernaan anda. Pada waktu seperti ini, diet kaya serat disertai banyak buah-buahan sangat membantu, sepertimana berehat bila perlu dan memberi peluang kepada bapa, ibubapa anda, atau kawan untuk menjaga bayi boleh bermanfaat.

Mengambil suplemen besi selepas bersalin boleh mengakibatkan sembelit. Dalam kes seperti ini, perubahan produk atau berbincang dengan doktor tentang kemungkinan berhenti sepenuhnya pengambilan suplemen mungkin langkah yang lebih wajar. Sekiranya ini berlaku, anda seharusnya mengambil kuantiti besi yang perlu menerusi diet anda, misalnya kacang dan buah-buahan kering. Ini bukan sahaja membekalkan tenaga tambahan yang diperlukan untuk penyusuan, malah mampu melincirkan pergerakan usus anda selagi anda cukup meminum air. Dua hingga tiga liter cecair sehari sudah mencukupi.
Sepertimana ketika tahap pertama kehamilan anda, perubahan pada kesimbangan hormon boleh membebankan pencernaan anda selepas bersalin. Perlunya sentiasa menjaga bayi juga berkemungkinan menjadi pemangkin sembelit: Jika tanggungjawab ibu yang kekal tidak membenarkan anda membiarkan bayi keseorangan walau buat seketika, anda mungkin menahan daripada membuang air besar ataupun langsung tidak memenuhi keperluan tersebut. Anda perlu sedar bahawa tidak perlunya untuk kendalikan situasi ini secara berseorangan jika ingin menurunkan tahap tekanan anda. Adalah lebih baik untuk meminta sokongan daripada pasangan atau kawan anda dan cuba meluangkan sedikit masa untuk diri anda. Anda masih boleh merangsangkan pencernaan anda dengan laksatif ringan atas nasihat doktor anda ketika penyusuan.