Sanofi
Simptom bagi sembelit

Simptom bagi sembelit

Bagaimana untuk mengesan sembelit di peringkat awal

Ini mungkin memalukan dalam keadaan tertentu, tetapi itu biasanya merupakan senario yang paling teruk: Anda terasa seolah-olah anda mempunyai udara terlalu banyak dalam perut anda. Ini perlu dikeluarkan dan akibatnya bunyi dan bau yang tidak menyenangkan.
Puncanya adalah umum dan tidak ada sebab tertentu yang mencetuskannya. Apabila najis anda mengandungi terlalu sedikit cecair di dalamnya, ia menjadi kering dan keras. Ini mungkin disebabkan oleh masalah dalam sistem pencernaan anda, tetapi ianya lebih kerap dikaitkan dengan gaya hidup dan persekitaran anda. Antara punca yang mungkin adalah diet yang tinggi lemak dan gula, kurang serat, kurang bersenam , atau perubahan hormon yang disebabkan oleh keadaan seperti menopaus atau kehamilan.
Darah di dalam najis bukanlah semestinya tanda masalah yang serius. Kebanyakannya merupakan keadaan yang sementara dan tidak berbajaya langsung. Walau bagaimanapun,adalah lebih baik untuk mendapatkan pandangan doktor untuk mendapatkan kepastian. Doktor boleh membezakan pelbagai bentuk najis berdarah berdasarkan rupa dan konsistensinya. Sebagai contoh, darah berwarna merah cair kebanyakannya datang dari bahagian bawah saluran gastrousus, manakala darah gelap kebanyakannya berpunca dari bahagian atas. Kebanyakan punca bagi najis berdarah adalah tidak berbahaya – contohnya seperti buasir yang semakin besar atau luka kecil di dinding rektum yang disebabkan oleh meneran dengan terlalu kuat.
Tiada selera untuk menikmati makanan kegemaran anda lagi? Dalam kebanyakan kes, ini hanyalah kerengsaan kecil yang akan berlalu. Tetapi jika kehilangan selera makan anda berterusan tanpa sebarang sebab yang ketara dan berlanjutan untuk beberapa hari,anda perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor. Kurang selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab fizikal atau psikologi, termasuk tekanan atau masalah peribadi. Walau bagaimanapun, hilang selera makan paling kerap dikaitkan dengan masalah perut.
Anda tidak bersendirian dengan masalah ini: Sakit perut adalah masalah yang meluas: 40% orang di UK telah mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ramai antara mereka mengadu rasa sakit yang mencucuk-cucuk mempengaruhi kehidupan seharian mereka, malahan menjadikan mereka kurang atau mengelak daripada berjumpa dengan orang lain. Sakit perut boleh boleh jadi antara tanda sembelit dan mempunyai pelbagai sebabnya: antaranya ialah persekitaran yang baru dan perubahan rutin, tekanan atau makanan tertentu.
Terdapat pelbagai kemungkinan yang tidak berbahaya sekiranya perut anda terasa kembung. Jika ia terjadi sejurus selepas makan, berkemungkinan besar makanan yang kaya dengan serat atau lemak adalah pemangkinnya.Jika waktu kembung perut berlaku tiada kaitan jelas dengan waktu makan, ia boleh jadi berpunca daripada isu gastrousus di mana enzim pencernaan yang terlalu sedikit dalam tubuh anda boleh membawa kepada pengumpulan gas. Pergerakan yang terlalu sedikit dalam usus kecil, disebabkan oleh duduk terlalu lama, adalah satu lagi punca yang mungkin untuk kembung perut.
Adalah lebih baik untuk anda cuba bertenang dan tidak memberikan tekanan kepada diri sendiri: Tiada jumlah yang 'normal' untuk bilangan lawatan ke tandas dalam tempoh seminggu oleh kerana setiap individu adalah berbeza. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya,doktor merujuk kepada antara dua kali sehari dan tiga kali seminggu sebagai 'julat normal'.Dalam julat itu, jumlah yang lebih kecil adalah tanda bagi diet yang kaya dengan protein, manakala bilangan yang lebih besar menunjukkan kuantiti serat yang lebih tinggi.
Najis anda ada kalanya lembik atau cair dan ada kalanya kering disertai rasa sembelit. Ada ketikanya anda masih merasakan yang anda tidak dapat membuang air besar dengan puas.