Sanofi
Apakah pendapat sains terhadap sembelit?

Latarbelakang saintifik

Fakta berkenaan pencernaan dan sembelit

Dengan pengetahuan yang mendalam, maka makin kuranglah kerisauan anda. Ini terutama sekali apabila ia berkaitan dengan isu yang pantang seperti pencernaan yang hanya melibatkan penerangan proses makanan yang ditelan dan melalui saluran pencernaan serta perkumuhan bahan tidak perlu. Dalam tubuh badan manusia, pencernaan umumnya melibatkan mulut, perut, duodenum, dan usus kecil. Karbohidrat, lemak, dan protein dipecahkan dengan bantuan enzim pencernaan sebagai sebahagian daripada prosesnya. Antara salah satu hasilnya merupakan sebatian gula rendah-molekul, asid lemak, dan asid amino yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga untuk mengubahsuai dan menjana semula struktur sel-sel badan. Tempoh masa yang diperlukan untuk melengkapkan proses pencernaan termasuklah dari waktu makan hingga ke proses perkumuhan bergantung kepada individu. Akan tetapi, julat yang biasa adalah antara 8 jam hingga 3 hari.
Kesukaran untuk mengosongkan usus atau kemampuan untuk hanya mengosongkannya kurang daripada 3 kali seminggu dikenali sebagai sembelit (atau constipation). Terdapat banyak kemungkinan punca: di samping perubahan patologi dalam usus, kandungan lemak dan gula disertai kekurangan serat dalam diet dan kekurangan cecair merupakan antara pemangkin utama.
Jika anda sengsara akibat sembelit, anda mempunyai ramai teman. Ia merupakan salah satu masalah saluran pencernaan yang paling meluas di seluruh dunia. Angka rasmi menunjukkan bahawa sebanyak 20% orang sedang atau pernah mengalami masalah sembelit sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Walaubagaimanapun, ketidakrelaan untuk berbincang mengenainya serta keberatan untuk mendapatkan rawatan membawa sangkaan saintis bahawa angka yang sebenar jauh lebih tinggi.
Apabila berhadapan dengan masalah atau bimbang akan sebarang isu, berbincanglah dengan rakan serta ahli keluarga untuk mendapatkan penyelesaian. Sekiranya sering dibebankan tekanan tinggi, pertimbangkan teknik seperti yoga, bertakafur, atau latihan autogenik yang mampu memberi ketenangan. Ingat sentiasa bahawa kesihatan diri itu seharusnya keutamaan anda.