Sanofi
Punca Sembelit

Punca Sembelit

Bagaimana sembelit terjadi

Sistem pencernaan anda bagaikan sebuah mesin jitu tinggi yang memerlukan bahanapi dan persekitaran yang sesuai. Ketika proses pencernaan, pengecutan otot menggerakkan makanan sepanjang saluran pencernaan dan segala nutrien serta air dikeluarkan ketika makanan bergerak melalui usus besar. Kekurangan serat dan air dalam makanan serta senaman yang tidak mencukupi akan menyebabkan najis bergerak melalui usus secara lebih perlahan. Justeru cecair dikeluarkan dalam usus besar secara berlebihan dan hasilnya najis yang kering dan keras.

Sembelit yang sekali sekala melanda buat tempoh yang singkat tidak perlu dianggap sebagai masalah yang serius. Walaubagaimanapun, sembelit yang berlanjutan lebih daripada enam bulan akibat faktor persekitaran serta gaya hidup individu seperti diet rendah serat dan cecair, dan kurang bersenam boleh dikatakan sembelit primer atau fungsian. Sembelit juga mungkin timbul sebagai hasil sampingan sesetengah penyakit atau masalah psikologi, ataupun sebagai kesan sampingan ubat. Justeru, dengan ketiadaan punca sekunder seperti ini sembelit akan turut disingkirkan.
Sembelit itu merupakan masalah yang sangat umum dan kompleks dimana tidak hadirnya satu punca utama di kebanyakkan kes. Punca sembelit kemungkinan besarnya gabungan beberapa faktor yang mampu mempengaruhi sistem pencernaan lalu menyebabkan sembelit, contohnya diet tidak seimbang, kurang bersenam, tekanan, atau kesan sampingan ubat.