Sanofi

Kelegaan dari sembelit

Penawar semulajadi di rumah dan laksatif lembut

Senaman

Senaman membantu merangsangkan pencernaan

Elak daripada mengambil bahagian dalam sebarang sukan intensif ketika mengalami sembelit yang sakit, akan tetapi senaman ringan dapat membantu merangsangkan sistem pencernaan.

Jangan ragu untuk bermula secara berperingkat: mula dengan gimnastik bersebelahan tingkap terbuka, keluar berjalan-jalan, atau kayuh basikal dengan tempoh masa yang singkat.

Jus buah prun

Untuk menguji keberkesanannya, adalah baik untuk mula dengan gelas yang kecil dan tunggu keputusannya.

Untuk menguji keberkesanannya, adalah baik untuk mula dengan gelas yang kecil dan tunggu keputusannya. Jikalau kesan yang diharapkan masih tidak nyata selepas sejam dua, anda boleh minum segelas lagi.

Selepas itu, adalah disarankan tunggu sehingga pagi seterusnya kerana jus buah prun kadangkala mengambil masa yang lama untuk berkesan.

 

Buah anggur

Buah anggur merupakan laksatif sederhana yang semulajadi.

Gabungan selulosa, gula, dan asid organik membuatkan buah anggur laksatif sederhana yang semulajadi.

Jenis tidak berbiji biasa mengandungi kandungan gula yang lebih tinggi. Pilih buah anggur yang berbiji dan telan segala-galanya termasuklah kulit dan biji sekali.

Minyak zaitun

Minyak zaitun berkualiti tinggi merupakan pelincir sihat yang semulajadi untuk sistem pencernaan anda. Tetapi jangan keterlaluan: satu hingga dua sudu besar minyak zaitun dara sudah mencukupi. Ia akan mestimulasikan membran mukus dalam usus, merangsang pergerakan usus, lalu melegakan walapun sembelit yang berpanjangan.

Minyak zaitun berkualiti tinggi merupakan pelincir sihat yang semulajadi untuk sistem pencernaan anda. Tetapi jangan keterlaluan: satu hingga dua sudu besar minyak zaitun dara sudah mencukupi.

Ia akan mestimulasikan membran mukus dalam usus, merangsang pergerakan usus, lalu melegakan walapun sembelit yang berpanjangan.

Buah-buahan kering

Tidak kiralah buah prun, ara, atau aprikot: buah-buahan kering mampu merangsangkan pencernaan anda. Hanya segenggam buah ara misalnya membekalkan sebanyak satu perempat daripada keperluan serat harian anda. Jika sembelit, makan beberapa biji buah kering setiap tiga jam, dan yang penting sekali, disertai segelas air.

Tidak kiralah buah prun, ara, atau aprikot: buah-buahan kering mampu merangsangkan pencernaan anda. Hanya segenggam buah ara misalnya membekalkan sebanyak satu perempat daripada keperluan serat harian anda.

Jika sembelit, makan beberapa biji buah kering setiap tiga jam, dan yang penting sekali, disertai segelas air.

Tembikai untuk sarapan pagi

Kesan laksatif tembikai paling efektif apaila dimakan secara potongan disertai perut yang kosong. Oleh itu, keraplah memilih tembikai sebagai sarapan pagi. Pastikan anda membeli jenis berbiji dan ingat untuk mengunyah biji hitamnya.

Kesan laksatif tembikai paling efektif apaila dimakan secara potongan disertai perut yang kosong.

Oleh itu, keraplah memilih tembikai sebagai sarapan pagi. Pastikan anda membeli jenis berbiji dan ingat untuk mengunyah biji hitamnya.


PENTING:

JIKA ANDA MENGALAMI DEMAM ATAU KESAKITAN, SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.