Sanofi
Melegakan sembelit adalah di tangan anda

Ketidakselesaan secara tiba-tiba

Melegakan anda daripada sembelit yang menyakitkan

Jika anda berasa sakit di bahagian abdomen, ini juga merupakan salah satu tanda sembelit – selain daripada angin terperangkap, loya, jarang membuang air besar atau najis yang keras dan kering. Jika kesakitan tersebut sering berlaku secara tiba-tiba atau sangat teruk, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Jika rawatan semulajadi dan gaya hidup yang sihat tidak dapat menyelesaikan masalah ini, ubat sembelit boleh membantu meringankan sembelit.
Apabila anda mengalami ketidaselesaan secara tiba-tiba, membuang air besar boleh jadi sesuatu yang sangat menyakitkan. Selalunya, hanya sedikit najis yang dapat dikeluarkan walaupun setelah bersusah-payah. Meneran dengan kuat dan berlanjutan untuk tempoh masa yang panjang juga menolak banyak darah ke urat, yang boleh menyebabkan luka/koyak kecil dalam membran mukus atau menyebabkan buasir di kawasan itu menjadi semakin teruk. Meneran untuk membuang air besar jugamemburukkan lagi sembelit anda.