Sanofi
Banyak ubat-ubatan yang juga memberi kesan kepada pencernaan.

Sembelit sebagai kesan sampingan

Banyak ubat-ubatan yang juga memberi kesan kepada pencernaan.

Ubat-ubatan boleh membantu, tetapi sesetengah ubat juga boleh menyebabkan sembelit. Sebenarnya ini merupakan kesan sampingan biasa bagi ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem saraf. Penjelasannya mudah: Pergerakan yang menolak najis keluar daripada tubuh anda dikawal oleh saraf yang melapisi usus besar, dan saraf ini sensitif kepada sesetengah ubat.

Adakah anda mempunyai masalah buah pinggang, dan diberikan preskripsi diuretik oleh doktor anda? Jika ya, sembelit boleh menjadi kesan sampingan tambahan bagi kehilangan air yang luar biasa ini. Jika ini berlaku, berbincanglah dengan pakar penjagaan kesihatan anda.
Sekiranya anda tidak mempunyai zat besi yang mencukupi dalam darah, anda mungkin akan mengambil zat besi tambahan yang boleh melambatkan pergerakan usus anda lalu menyebabkan sembelit. Jika perkara ini berlaku, cuba minum jus oren untuk membantu pencernaan makanan tambahan tersebut. Jika ini tidak membantu proses pencernaan anda, anda boleh meminta preskripsi alternatif daripada doktor.
Adakah ubat penghilang kesakitan anda mengandungi kodein? Bahan asing kadangkala boleh memperlahankan pergerakan usus yang boleh mengakibatkan sembelit. Jika perkara ini menyusahkan anda, berbincanglah dengan ahli farmasi atau doktor anda tentang jenis ubat penghilang kesakitan yang lain yang anda boleh cuba.
Anda mungkin dipreskripsikan ubat jika mempunyai masalah tekanan darah. Sebahagian (bukan semua) jenis ubat tekanan darah boleh menjejaskan sistem pencernaan anda, yakni memperlahankannya sehingga boleh membuat anda sembelit. Jika anda rasa ubat tekanan darah yang anda ambil menjadi punca kepada masalah sembelit anda, silalah berbincang dengan doktor anda.
Jika anda diberikan ubat oleh doktor untuk mengawal penyakit epilepsi anda, ini kadangkala boleh melambatkan pergerakan usus. Berbincanglah dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda jika sembelit menjejaskan kehidupan anda.
Jika anda mempunyai masalah jantung dan diberikan preskripsi diuretik, anda mungkin perlu membuang air kecil dengan lebih kerap. Kadangkala, kesan sampingan akibat kehilangan air yang luar biasa ini ialah sembelit.
Sesetengah ubat untuk pedih ulu hati atau ketakcernaan mengandungi aluminium yang boleh melambatkan sistem badan anda dan menyebabkan sembelit. Terdapat ubat jenis lain di pasaran yang tidak mengandungi aluminium untuk anda jadikan sebagai alternatif.
Ubat yang diambil untuk penyakit Parkinson kadangkala boleh mendatangkan kesan yang ketara dan memperlahankan pergerakan usus anda. Cuba berbincang dengan doktor anda tentang cara-cara untuk menangani sembelit jika ia mendatangkan masalah kepada anda.

Baca tentang petua peribadi dari pengguna lain Petua dari pengguna lain.