Sanofi
Sembelit semasa mengandung dan kanak-kanak

Kanak-kanak dan bayi

Kenali simptom dengan pantas dan bertindak sewajarnya

Ini merupakan masalah yang biasa, dengan purata kira-kira satu daripada tiga pasangan ibu bapa yang mengatakan bahawa anak mereka mengalami sembelit pada satu ketika. Selain tanda-tanda jelas seperti proses membuang air besar yang menyakitkan atau tidak kerap (kurang daripada tiga kali seminggu) - terdapat gejala-gejala dan tanda-tanda awal yang lain: antaranya ialah angin yang tidak baik dan kelesuan, hilang selera makan, sakit perut, kentut yang berbau busuk, dan najis yang kering atau keras. Cirit-birit juga boleh menjadi tanda sembelit:najis yang keras tersumbat dalam perut kanak-kanak itu, menyebabkan hanya najis yang berair dapat keluar.
Untuk mengekalkan pencernaan yang sihat, kanak-kanak memerlukan diet yang tinggi serat dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar, produk mil penuh dan kekacang. Anda bernasib baik kerana ada cara yang mudah untuk menggalakkan anak-anak anda makan makanan yang sihat: Antara sumber serat yang kanak-kanak biasanya gemari ialah bertih jagung (rendah gula). Dadih juga memberikan sokongan yang berpanjangan kepada sistem pencernaan.
Elok jika anda dapat galakkan anak anda untuk pergi ke tandas sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi dan setiap kali selepas makan atau makanan ringan. Terutamanya bagi kanak-kanak yang lebih muda, anda boleh mendapatkan hasil yang lebih baik dengan cara memberitahu, dan bukan meminta. Berbanding mencadangkan, "Adakah anda perlu untuk pergi ke bilik air?" anda boleh beritahu mereka, "Sekarang masa untuk pergi ke bilik air."
Sepertimana orang dewasa, terdapat banyak perkara yang menyebabkan sembelit dalam kalangan kanak-kanak: bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk kanak-kanak menahan daripada membuang air besar-antara sebebnya ialah mereka tidak suka menggunakan tandas di tempat-tempat tertentu, mereka resah memikirkan latihan menggunakan tandas di rumah atau mereka pernah mengalami sembelit sebelum ini dan tidak dapat melupakan kesakitannya. Antara sebab–sebab lain adalah kekurangan serat dalam diet mereka, tidak minum air dalam kuantiti yang mencukupi, atau kesan sampingan ubat.
Minum dalam kuantiti yang mencukupi juga penting - selagi ianya terdiri daripada air, teh, dan jus buah-buahan dengan sedikit gas. Tidak perlu susahkan diri melarang anak anda mengambil minuman bergula, minuman ringan, dan susu kocak. Yang terbaik yang anda boleh lakukan ialah dengan menyediakan minuman alternatif yang lazat dan sihat.
Jika anda perasan sebarang perubahan yang luar biasa atau tidak dijangka dalam tingkah laku anak anda semasa di tandas atau jika anda hanya berasa bimbang, maka rujuklah kepada pakar