Sanofi
Sembelit dan alam keibuan

Buat para ibu: Kehamilan dan Kelahiran

Bagaimana bayi memberi kesan kepada sistem pencernaan

Tidak kiralah betapa gembiranya anda apabila disahkan hamil, kehamilan boleh menyebabkan perkara yang agak menyukarkan..Contohnya, sembelit. Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan lebih banyak hormon wanita iaitu progesteron. Progesteron tidak hanya membantu merehatkan rahim, malah turut menjejaskan otot-otot usus yang semakin dihimpit oleh rahim yang semakin membesar. Ini diburukkan lagi dengan tambahan zat besi dan tekanan daripada kehamilan yang kemudiannya boleh menyebabkan sembelit.

Jika boleh, cuba tambahkan sedikit serat dalam diet anda dan minum secara kerap. Jika semua usaha ini tidak berjaya, rujuk doktor anda untuk mendapatkan nasihat tentang laksatif yang sesuai semasa mengandung.
Jika anda terus mengambil zat besi tambahan selepas bersalin, ,sembelit merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Adalah lebih baik untuk menukar produk atau berbincang dengan doktor untuk menghentikan pengambilan makanan tambahan tersebut. Seterusnya,diet anda haruslah mengandungi kuantiti zat besi secukupnya- sebagai contoh melalui kacang dan buah-buahan kering. Ia bukan sahaja memberi tenaga tambahan yang diperlukan untuk penyusuan, tetapi juga melonggarkan usus anda - selagi anda minum air dalam kuantiti yang mencukupi yakni 2-3 liter cecair sehari yang merupakan jumlah ideal ketika menyusukan.

Jika anda mengambil ubat penahan sakit atau ubat-ubatan lain, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kemungkinan kesan sampingan untuk pencernaan anda di sini . Ketika menyusuhkan anak, anda masih boleh melancarkan pencernaan anda menggunakan laksatif lembut.
Selepas melahirkan anak, jika anda mengalami kesakitan yang berlanjutan semasa membuang air besar, kunjungilah doktor anda. Mungkin anda telah mengalami buasir akibat peneranan semasa melahirkan anak. Menggunakan pelapik celana dalam dengan sedikit krim sejuk di kawasan yang sakit boleh memberikan kelegaan jangka pendek. Ia memberikan sensasi penyejukan dan melegakan urat yang bengkak. Pastikan anda duduk di atas tandas untuk tempoh yang sekejap dan tidak meneran dengan kuat.