Sanofi
Lelaki dan sembelit

Nasihat yang baik untuk lelaki

Peraturan mudah untuk pemakanan dan gaya hidup anda

Punca wanita mengalami sembelit lebih kerap berbanding lelaki adalah tidak jelas. Para saintis mengesyaki bahawa pengurangan aktiviti usus merupakan kesan sampingan daripada penghasilan hormon wanita estrogen dan progesteron yang mengendurkan otot dan menenangkan aktiviti rahim semasa mengandung.
Sama seperti anak-anak anda, sistem pencernaan anda juga memerlukan peraturan yang jelas: untuk membantunya mewujudkan rutin yang sihat, langkah terbaik adalah cuba untuk makan pada waktu yang tetap dan menambah lebih banyak serat dalam menu anda - contohnya dengan pasta mil penuh atau beras, salad, atau sayur-sayuran. Jangan lupa untuk menambah buah-buahan sebagai snek yang sihat untuk menambah tenaga dan anda akan mempunyai tubuh badan yang sihat.Juga penting untuk memastikan anda minum dengan cukup. Elakkan pengambilan alkohol - jus buah-buahan dan jus yang dicampur dengan air bergas; teh serta kopi adalah pilihan yang lebih baik.
Anda fikir kaum lelaki tidak perlu meluahkan masalah mereka? Perut dan usus anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Apabila anda bimbang atau tertekan, sistem pencernaan anda juga turut mengalami kesannya. Berbincanglah dengan rakan-rakan dan keluarga anda mengenainya dan cari penyelesaiannya. Sekiranya pekerjaan anda kembali memberikan tekanan, ingat: tiada apa yang lebih penting daripada kesihatan anda.
Anda mungkin dapat meneka: Seperti perempuan, tanda-tanda klasik sembelit di kalangan lelaki adalah sakit perut, darah dalam najis, angin terperangkap dan najis yang keras dan kering. Tanda-tanda amaran yang lain adalah termasuk kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, kesakitan yang kerap, pucat dan sejarah kanser usus atau penyakit keradangan usus yang kronik dalam keluarga.
Anda tidak perlu berbadan sasa, tetapi tidak rugi pun jika anda bersenam sedikit - hanya pastikan ia dilakukan secara rutin. Jika sukar, mulakan secara berperingkat- senaman di tempat terbuka, sukan santai bersama rakan-rakan atau menunggang basikal di hujung minggu. Anda juga perlu menetapkan masa untuk pergi ke tandas dalam rutin harian anda–ini kemudiannya akan menjadi tabiat sekaligus membantu anda membuang air besar dengan lebih kerap.
Berpegang kepada prinsip tidak mahu menjatuhkan maruah lelaki dalam kes ini adalah berbahaya: jika anda mempunyai demam dan sakit teruk, atau menjumpai darah dalam najis anda, silalah berjumpa doktor secepat mungkin.