Sanofi
Maklumat untuk penghidap sekunder

Sedang menerima rawatan

Sembelit sebagai kesan sampingan

Sepanjang tempoh kehamilan, beberapa hormon yang berbeza membantu merehatkan rahim anda supaya ia boleh meregang seiring dengan bayi yang kian membesar, namum malangnya ia juga secara tidak langsung merehatkan otot usus anda. Ini diburukkan lagi dengan pengambilan zat besi tambahan dan tekanan yang kemudiannya menyebabkan sembelit. Jika boleh, cuba tambahkan serat dalam diet anda dan minum air secara kerap. Jika semua usaha ini tidak berjaya, anda boleh membantu melancarkan proses pencernaan anda menggunakan laksatif lembut walaupun semasa mengandung.
”Hati dan perasaan” seringkali dianggap sebagai otak kedua anda. Berfikiran positif boleh membantu sistem pencernaan anda, kerana ia berkait rapat dengan keadaan fikiran anda. Jika anda mengalami tekanan mental yang teruk, anda berkemungkinan besar untuk mengalami sembelit. Masalah dengan pencernaan juga boleh berlaku akibat kesan sampingan daripada ubat-ubat antidepresan.
Tiada apa yang anda perlu bimbangkan sangat: Secara purata, seorang daripada lima orang di UK mengalami sindrom usus rengsa (IBS) pada satu tahap dalam hidup mereka. Oleh sebab ramai yang tidak berjumpa doktor untuk mengajukan masalah ini, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi. Gejala-gejala yang paling biasa ialah sakit perut, perut kembung, angin terperangkap dan masalah sembelit atau cirit-birit yang silih berganti. Penyebabnya berbagai-bagai: diet yang kaya dengan lemak dan gula, tekanan akibat kerja, keresahan dan kebimbangan umum, atau akibat kesan sampingan ubat. Walaupun IBS boleh menyebabkang ketidakselesaan, penyakit ini tidak berbahaya jika anda tidak mengalami masalah perut dan usus yang lain.
Jika anda ada mengambil ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem saraf, contohnya untuk mengawal penyakit Parkinson atau Epilepsi, sembelit merupakan kesan sampingan yang biasa. Sebabnya, gerakan yang menolak najis keluar daripada badan anda dikawal oleh saraf yang melapisi usus besar, dan saraf ini sensitif kepada sesetengah ubat.